Sunday, December 6, 2009

wwwc fokus world's standard?

Semalam jam 6.00 ptg. wwwc, mwsf telah bermesyuarat dengan lebih kurang 40 orang skiers dan ibu-bapa masing-masing mendengar penerangan panjang lebar visi dan misi wwwc mahu melahirkan bintang ski bertaraf dunia, penilaian pencapaian atlet oleh coaches Philippa Yoong dan Darryl Higgins sedikit memberi kejutan dan ada kegembiraan bagi sesetengah ibu-bapa. Gembira bercampur ragu-ragu apabila sesetengah skiers boleh mencapai tahap tertentu tetapi dengan syarat skiers dan ibu-bapa komitted dengan jadual latihan serta anggaran perbelanjaan yang amat tinggi dan tak boleh diterima oleh sesetengah ibu-bapa termasuklah saya. Kos yuran latihan dan peralatan perlu ditanggung oleh ibu-bapa sendiri dan pembangunan jangka panjang sukan ini sehingga 10 tahun mendatang, bayangkan berapa harga wang ringgit dan masa yang perlu dikorbankan untuk memilih sukan ski ini untuk mencapai bintang bertaraf dunia, mencecah jutaan ringgit!! Ibu-bapa diberi pilihan samada untuk terus atau mengundur diri, kalau terus belum ada jaminan lagi untuk ke world class, kalau mengundur amat bersimpati pula anak-anak yang dah jatuh cinta dalam sukan ini. Dilema ini menjadi igauan ibu-bapa semua.

No comments:

Post a Comment